Monday, September 29, 2008
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Sunday, September 7, 2008
Jatuh ditimpa tangga
kemalangan di KM 274 sebelum pemandunya disamun dua lelaki." height="200" width="300" border="0"> |
| REMUK...keadaan kereta Ferrari selepas terbabit dalam kemalangan di KM 274 sebelum pemandunya disamun dua lelaki. |
SEREMBAN: Sepasang kekasih dari Singapura yang menaiki kereta mewah jenis Ferrari berdepan detik menakutkan apabila menjadi mangsa samun selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 274 arah utara, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang, pasangan berusia 30-an dan 20-an itu dipercayai dalam perjalanan ke Genting Highlands untuk bercuti sebelum melanggar sebuah kereta model Hyundai di tempat kejadian.
Menurut seorang saksi yang enggan namanya disiarkan, apabila kedua-dua kenderaan itu berhenti di tepi lebuh raya, sebuah kereta Mercedes tiba-tiba berhenti di belakang.
“Dua lelaki berusia lingkungan 30 tahun yang memakai topi keluar dari Mercedes itu sambil memarahi pemandu Ferrari.
“Saya lihat seorang daripada lelaki itu mengambil sebatang kayu dan memukul cermin depan kereta Ferrari itu sambil meminta orang ramai yang melihat kejadian menolongnya menangkap pemandu kenderaan itu.
“Beberapa orang yang melihat kejadian, termasuk saya, tergamam kerana menyangka dua lelaki itu mungkin anggota penguat kuasa undang-undang,” katanya.
Saksi itu berkata, seorang daripada lelaki itu kemudian memukul pemandu kereta Ferrari terbabit manakala teman wanitanya berjaya lari.
“Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya lihat seorang lagi lelaki berkenaan mengambil kesempatan menggeledah kereta Ferrari itu sebelum kedua-duanya lari menaiki kereta Mercedes mereka,” katanya.
Menurutnya, mangsa cedera ringan dengan keadaan hidungnya berdarah akibat dipukul, manakala teman wanita tidak cedera.
“Tidak lama selepas itu beberapa lagi kereta Ferrari tiba dan mengambil pasangan berkenaan. Saya tidak tahu ke mana mereka pergi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Zaki Masroh, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Wednesday, September 3, 2008
Don't Drink and Drive

Inilah padahnya memandu didalam pengaruh alkohol. Seseorang yang memandu didalam pengaruh alkohol akan mengalami perkara berikut :
